Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 suspek dikenakan tuduhan baharu pecah masuk rumah di Pasir Panjang

Anggaran Waktu Membaca:
 2 suspek dikenakan tuduhan baharu pecah masuk rumah di Pasir Panjang

Zhang Yongxiang (kiri) dan Feng Yunlong. (Gambar: CNA/Lim Li Ting)

SINGAPURA: Dua warga China yang disyaki memecah masuk rumah dikenakan tuduhan baharu setiap seorang pada Jumaat (27 Dis), iaitu merompak sebuah rumah di Pasir Panjang.

Zhang Yongxiang, 52 tahun, dan Feng Yunlong, 38 tahun, dituduh memecah masuk sebuah rumah di Zehnder Road dengan memanjat tembok rumah tersebut pada 18 Disember.

Mereka dipercayai melakukan demikian untuk mencuri wang tunai dan dompet yang bernilai kira-kira S$6,000, selain 13 rantai dan barang kemas lain, yang nilainya belum diputuskan.

Zhang dan Feng didakwa minggu lalu atas kesalahan memecah masuk sebuah rumah di Greenleaf View di kawasan Holland Road dengan membuka tingkap pada 16 Disember.

Mereka dipercayai mencuri jam tangan Cartier bernilai S$8,800 dan jam tangan Casio bernilai sekitar S$150.

Pada Jumaat (27 Dis), mahkamah meluluskan permohonan pendakwa raya untuk kedua-dua lelaki itu direman lagi seminggu, dengan izin untuk dibawa keluar bagi tujuan siasatan.

Pendakwa raya polis berkata kedua-dua lelaki itu perlu direman bagi siasatan lanjut.

Mereka akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 3 Januari 2025.

Polis sebelum ini menyatakan pihaknya menolak kemungkinan Zhang dan Feng ada kaitan dengan sindiket pecah masuk rumah yang aktif pada pertengahan tahun ini.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan