Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 stesen tukar, cas bateri motosikal elektrik dilancarkan di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2022 03:05PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 12:03AM

SINGAPURA: Dua stesen "tukar dan cas" bateri untuk motosikal elektrik dilancarkan hari ini (2 Sep) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mengalak penggunaan kenderaan yang menggunakan tenaga lebih bersih di Singapura. 

Dua 'sandbox' ujian itu masing-masing dikendalikan oleh syarikat Taiwan Gogoro dan MO Batteries yang ibu pejabatnya berpangkalan di Singapura dan akan membolehkan bateri motosikal elektrik yang sudah mati untuk ditukar dengan bateri yang sudah penuh dicas dalam masa beberapa saat. 

Kedua-dua 'sandbox' ujian itu kebanyakannya digunakan bagi khidmat penghantaran. 

Gogoro akan bekerjasama dengan rakan syarikat pelaburan Jardine Cycle & Carriage untuk melakukan ujian menggunakan motosikal elektrik dan stesen tukar bateri mereka bagi khidmat penghantaran dengan jarak yang amat dekat sekali. 

MO Batteries akan bekerjasama dengan Singpost dan penyedia huraian keselamatan Prosegur untuk merintis ujian tersebut menggunakan motosikal elektrik mereka, serta gabungan tempat mengecas berpusat serta penukaran dan penyimpanan bateri, menurut LTA dalam kenyataan medianya. 

'Sandbox' di bawah penyeliaan Gogoro akan melibatkan 20 motosikal elektrik dan 100 bateri yang boleh ditukar di dua GoStation Gogoro, manakala MO Batteries akan menyediakan enam motosikal elektrik dengan 30 bateri yang boleh ditukar, 14 pengecas serta dua stesen penyimpanan dan pertukaran bateri, tambah seorang jurucakap LTA. 

Ujian itu akan bermula dalam beberapa minggu dan dijalankan selama 12 bulan. 

"Penggunaan kenderaan elektrik (EV) adalah lagi satu usaha untuk memastikan sektor pengangkutan darat lebih mesra alam," kata Menteri Pengangkutan S Iswaran pada Jumaat (2 Sep). 

"Kami menetapkan visi untuk mencapai 100 peratus kenderaan yang menggunakan tenaga bersih menjelang 2040. 

"Ini adalah sasaran yang besar kerana ia bermakna peralihan ketara daripada kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE) kepada EV dan kenderaan-kenderaan lain yang menggunakan tenaga bersih." 

Dalam ucapannya sewaktu acara Hari Industri Pengangkutan Darat, Encik Iswaran berkata: "Dengan jumlah huraian pengecasan yang semakin berkembang, kami berharap untuk mengalak penggunaan model-model motosikal elektrik di Singapura."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan