Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 restoran di SG diarah henti jual hidangan serupa 'cerut'

Anggaran Waktu Membaca:
2 restoran di SG diarah henti jual hidangan serupa 'cerut'

(Gambar: Facebook/Peach Blossoms, CNA/Natasha Ganesan)

SINGAPURA: Dua restoran menjual masakan Cina diarahkan untuk berhenti menjual hidangan yang menyerupai seperti cerut.

Ini selepas pihak berkuasa mengambil tindakan atas kebimbangan hidangan tersebut melanggar undang-undang kawalan tembakau Singapura.

Peach Blossoms Restaurant di Hotel Park Royal Collection Marina Bay menjual "cerut" goreng diisi dengan bahan seperti ketam Alaska, foie gras, cendawan truffle dan mousse udang.

Hidangan itu yang berharga S$28 setiap gulung, dihidangkan di atas pinggan seperti bekas abu rokok, serta sos.

Satu lagi perniagaan yang menawarkan hidangan serupa adalah Tasty Court, dedah Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kepada Mediacorp pada Selasa (3 Sep). Restoran tersebut terletak di kawasan Siglap.

Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), mengedar atau menjual sebarang produk makanan, mainan, peralatan atau barangan menyerupai produk tembakau tidak dibenarkan.

Peach Blossoms Restaurant menawarkan hidangan "cerut" itu pada lewat 2020, apabila ia dibuka semula, berikutan kerja-kerja ubah suai di hotel tersebut pada tahun itu. Sebelum ini, hotel tersebut dikenali sebagai Marina Mandarin.

Walau bagaimanapun, restoran tersebut hanya diarahkan untuk berhenti menjual hidangan itu baru-baru ini.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, HSA menyatakan ia mengarahkan Peach Blossoms Restaurant supaya berhenti menjual hidangan menyerupai "cerut" itu pada 2 Ogos, selepas ia menerima aduan daripada orang awam.

"HSA juga mengarahkan Tasty Court supaya berhenti menjual hidangan cerut serupa," tambah agensi itu.

HSA menarik perhatian bahawa kedua-dua restoran sudah mematuhi arahan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan