2 remaja perempuan 'ditemui' setelah dilaporkan hilang pada 11 Nov
Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang "sudah ditemui", menurut polis dalam satu kemas kini pada Selasa (23 Nov).

(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang "sudah ditemui", menurut polis dalam satu kemas kini pada Selasa (23 Nov).
Polis mengeluarkan rayuan memohon maklumat pada 21 November tentang keberadaan Nur Atiqah Mohd Nizam, 19 tahun dan Nurain Abdullah, 18 tahun. Mereka kali terakhir dilihat dekat Springleaf Avenue kira-kira pukul 8.15 malam pada 11 November.
Polis tidak memberi butiran tentang bila atau di mana kedua-dua remaja itu ditemui. Mediacorp sudah menghubungi polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.