Skip to main content

Singapura

2 remaja diberkas susuli insiden basikal ditinggalkan di jalan raya Commonwealth Avenue

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua remaja lelaki diberkas berkait insiden melibatkan beberapa basikal yang ditinggalkan di tengah jalan di Queesntown.

Demikian menurut polis pada Selasa (24 Dis).

Basikal-basikal tersebut ditinggalkan sederet di Commonwealth Avenue, dengan satu basikal ditempatkan di setiap satu lorong daripada jalan raya tiga lorong itu pada awal pagi Jumaat (20 Dis), menurut gambar yang dikongsi di akaun Facebook ROADS.sg.

Polis mengesahkan kepada Mediacorp bahawa satu aduan dibuat mengenai insiden itu dan mereka memberkas dua remaja, berusia 15 dan 16 tahun, pada Isnin (23 Dis).

"Kes itu diklasifikasikan sebagai (melibatkan) tindakan melulu dengan niat yang sama dan siasatan sedang dijalankan," tambah polis.

Menurut maklumat yang diterima ROAD.sg mengenai insiden itu, yang dihantar oleh seseorang bernama Geraldine Lim, hadangan itu dilihat berada di hadapan perhentian bas berdekatan Kondominium Queens sekitar pukul 2.00 pagi pada Jumaat.

Insiden yang mengejutkan itu memaksa pemandu sebuah kereta sewa privet menekan brek secara mengejut, sehingga menyebabkan makanan yang dibawa penumpangnya tertumpah, menurut catatan tersebut.

Pemanduj berkenaan berupaya mengalihkan dua basikal dari jalan raya namun tidak sempat memindahkan basikal ketiga sebelum sebuah teksi merempuhnya.

Menurut Cik Lim, pemandu teksi itu terus memandu tanpa berhenti melihat apa yang dilanggarnya, "mungkin kerana terkejut".
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita