Skip to main content

Singapura

2 remaja antara 13 individu diberkas berkait penipuan perisian hasad perbankan Android

Anggaran Waktu Membaca:
2 remaja antara 13 individu diberkas berkait penipuan perisian hasad perbankan Android

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 26 Aug 2023 07:55PM Dikemas Kini : 26 Aug 2023 11:15PM
SINGAPURA: Dua remaja antara 13 individu lain yang diberkas kerana disyaki terlibat dalam penipuan perisian hasad perbankan yang menyasarkan pengguna Android.

Individu-individu berusia 15 tahun itu diberkas bersama tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 17 dengan 25 tahun, dedah polis dalam kenyataan media pada Sabtu (26 Ogos).

Kesemuanya diberkas ketika polis menjalankan operasi penguatkuasaan antipenipuan antara 14 dengan 25 Ogos.

Dua lagi wanita, berusia 29 dan 39 tahun, serta satu lagi remaja 15 tahun sedang membantu dalam siasatan.

Siasatan awal menunjukkan bahawa 13 suspek tersebut dipercayai melaksanakan kes-kes penipuan itu dengan menyerahkan akaun bank mereka kepada individu lain.

Sebahagian daripada mereka juga menyerahkan maklumat perbankan online mereka atau maklumat Singpass demi mengaut keuntungan.

Kes-kes perisian hasad yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit Android mula meningkat sejak Januari, tambah polis.

Ini menyebabkan urus niaga yang tidak dibenarkan yang dibuat oleh akaun bank mangsa meskipun mereka tidak mendedahkan maklumat perbankan online, kata laluan sekali sahaja atau maklumat Singpass kepada sesiapa.

Dalam kes-kes sedemikian, mangsa akan memberi respons kepada iklan di platform media sosial dan kemudian diarahkan oleh penipu untuk memuat turun Kit Pakej Android daripada kedai aplikasi tidak rasmi untuk memudahkan pembelian.

Ia akan menyebabkan perisian dimuat turun ke dalam telefon bimbit mangsa, yang akan memberi akses kepada penipu untuk mengawal sepenuhnya telefon bimbit mangsa.

Penipu tersebut juga boleh memadamkan pemberitahuan SMS dan emel pindahan bank untuk menghapuskan jejak mereka.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan, mengimbas kod QR atau memuat turun aplikasi telelfon bimbit dari laman pihak ketiga.

Selain itu, orang ramai diingatkan agar memuat turun aplikasi dari kedai aplikasi rasmi dan dinasihatkan supaya menghidupkan setting keselamatan supaya dapat melindungi peranti mereka.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita