Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 Rang Undang-Undang berhubung Seksyen 377A dibentangkan di sidang Parlimen 20 Okt

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua Rang Undang-Undang berkaitan dengan pemansuhan Seksyen 377A Kanun Keseksaan akan dibentangkan di Parlimen pada Khamis (20 Okt), kurang dua bulan selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa Singapura akan menggugurkan undang-undang tersebut yang menetapkan hubungan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan membentangkan Rang Undang-Undang untuk menggugurkan seksyen itu daripada Kanun Keseksaan. Berdasarkan kertas susunan mesyuarat parlimen yang dikeluarkan pada Rabu (19 Okt), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga dijangka membuat pindaan pada Perlembagaan Negara. 

Tiada perincian mengenai dua Rang Undang-Undang berkenaan didedahkan dalam kertas susunan mesyuarat parlimen. Namun, dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada bulan lalu, Encik Lee berkata Perlembagaan Negara akan dipinda untuk melindungi definisi perkahwinan - yang ditakrifkan sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita - daripada dicabar di mahkamah. 

Menteri-menteri kemudian berkata dalam wawancara media bahawa Pemerintah akan berbuat demikian tanpa
bertegas menetapkan  secara langsung penakrifan perkahwinan dalam Perlembagaan Negara, seperti yang digesa oleh sesetengah kumpulan agama sebelum ini. 

Rang Undang-Undang berhubung Seksyen 377A dijangka dibahaskan di Parlimen pada sidang seterusnya dan diundi oleh para Anggota Parlimen (AP) sebelum ia boleh diperkenalkan sebagai undang-undang. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan