Skip to main content

Singapura

2 rakyat SG dilapor hilang susuli gempa Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Apr 2024 06:26PM Dikemas Kini : 05 Apr 2024 09:59PM
SINGAPURA: Dua warga Singapura dilaporkan hilang di Taiwan menyusuli gempa dahsyat pada Rabu (3 Apr).

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan pada Jumaat (5 Apr) bahawa Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.

"MFA dan Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei sudahpun menghubungi pihak waris dan sedang menghulurkan bantuan konsular. Kami terus memantau keadaan dengan teliti," menurut MFA.

Menurut laporan pada Khamis (4 Apr), lapan warga Singapura adalah antara 71 warga asing yang diselamatkan selepas mereka terperangkap di Hualien yang dilanda gempa bumi.
Dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan, dedah MFA pada Jumaat (5 Apr), sambil menambah bahawa kementerian tersebut sudah menghubungi semua rakyat Singapura yang telahpun mendaftar secara online, di daerah-daerah yang terjejas oleh bencana alam itu.

"Pejabat Perdagangan kami di Taipei akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Taiwan, sedang operasi menyelamat dan bantuan diteruskan," menurut MFA.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Taiwan atas bantuan dan sokongan pantas yang mereka hulurkan.”

Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter pada Rabu telah meningkat kepada 12 orang. Sekitar 12 orang masih dilaporkan hilang.

Kira-kira 50 gegaran susulan menggegarkan Hualien sepanjang malam, dengan sebahagiannya masih dirasakan walaupun sejauh Taipei.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita