2 'rakan karib' wanita SG dibunuh di Sepanyol akan beri keterangan di mahkamah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua rakan karib Cik Audrey Fang, warga Singapura yang dibunuh di Sepanyol pada April, akan memberi keterangan di mahkamah tidak lama lagi.
"Kami sudah bercakap dengan dua saksi itu dan mereka adalah kawan rapat kakak saya," kata adik Cik Fang, Benjamin Fang, 35 tahun, kepada Mediacorp.
"Segala maklumat tentang kaitan antara kakak saya dengan suspek (Mitchell Ong) sudah dikongsi bersama kami."

Awal bulan ini, peguam Encik Fang, Manuel Martinez, memberitahu Mediacorp bahawa hakim di Sepanyol bersetuju untuk mendapatkan keterangan daripada dua saksi dari Singapura, yang "boleh membuktikan Audrey dan Ong terlibat dalam kes tersebut".
Encik Martinez berkata kedua-dua saksi boleh menjelaskan mengenai hubungan antara Ong dengan Cik Fang, "sama ada mereka sahabat biasa atau bercinta".
Kedua-dua saksi akan memberi keterangan melalui sidang video pada hujung Jun.
PENERIMA WANG SIMPANAN CPF
Menurut laporan oleh media Sepanyol, Encik Fang mengesahkan bahawa kakaknya mencalonkan Ong sebagai penerima wang simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) miliknya.
Cik Fang membuat demikian pada Oktober tahun lalu, enam bulan sebelum dia ditemui mati.

LAPORAN BERKAITAN:
Lembaga CPF memaklumkan kepada Encik Fang bahawa simpanan kakaknya tidak akan diagihkan sehingga kes mahkamah di Sepanyol selesai. Selain itu, CPF menyatakan wang tersebut tidak akan diserahkan kepada Ong sekiranya dia didapati bersalah.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.