Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 pusat penjaja bakal dibuka di Choa Chu Kang selepas Laluan Daerah Jurong siap dibina

Para penduduk Choa Chu Kang juga boleh menjangkakan lebih banyak pilihan makanan lebih dimampui dengan pembukaan dua pusat penjaja dalam beberapa tahun akan datang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2019 08:22PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 10:08PM

SINGAPURA: Para penduduk Choa Chu Kang juga boleh menjangkakan lebih banyak pilihan makanan lebih dimampui dengan pembukaan dua pusat penjaja dalam beberapa tahun akan datang.

Buat masa ini, bandar Choa Chu Kang tidak mempunyai pusat penjaja. Yang terdekat adalah Pusat Penjaja Bukit Panjang, iaitu sekitar 3 kilometer dari kawasan itu.

Rancangan membuka sebuah pusat penjaja di Choa Chu Kang diumumkan pada 2015 dalam usaha menyediakan lebih banyak pilihan makanan dimampui di beberapa kawasan, termasuk estet perumahan baru.

Namun, hari ini (22 Sep), Agensi Sekitaran Kebangsaan mengumumkan ia akan membuka sebuah lagi pusat penjaja.

Menurut Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang Encik Zaqy Mohamed, kemudahan itu akan dibuka selepas kerja-kerja pembinaan bagi Laluan Daerah Jurong selesai dijalankan pada 2026.

Pusat-pusat penjaja itu sebahagian daripada usaha menyuntik nafas baru bagi kawasan Choa Chu Kang.

Kawasan itu antara lain akan mempunyai Kelab SAFRA menjelang 2022 dan laluan yang menghubungkan kemudahan-kemudahan taman.

Pusat Beli-Belah Limbang juga akan berwajah baru.

Para AP kawasan itu akan terus mendapatkan maklum balas para penduduknya.

"Ini satu inisiatif di mana kita ingin membangunkan pusat bandar Choa Chu Kang dengan lebih holistik. Di sini kita melihat potensi untuk membina satu pusat penjaja di Choa Chu Kang untuk memeriahkan lagi tempat bandar kita," menurut Encik Zaqy. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan