Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 pusat hiburan awam di Middle Road disyaki beri khidmat layanan, 31 orang diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
2 pusat hiburan awam di Middle Road disyaki beri khidmat layanan, 31 orang diberkas

Gambar hiasan. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 06 Sep 2022 07:16PM Dikemas Kini : 06 Sep 2022 07:17PM
SINGAPURA: Dua pusat hiburan awam di Middle Road didakwa menyediakan khidmat layanan semasa operasi penguatkuasaan pada Sabtu (3 Sep).

Seramai 31 orang diberkas dalam operasi.

Dua puluh sembilan wanita disyaki memberikan khidmat layanan dan mereka diberkas kerana bekerja tanpa permit kerja yang sah, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan media pada Selasa (6 Sep). Mereka yang diberkas berumur antara 20 dengan 33 tahun.

Dua lelaki, 31 dan 35 tahun diberkas atas kesalahan berhubung kait dengan pengambilan tenaga kerja warga asing.

"Dua pusat hiburan itu, yang didakwa memberikan khidmat layanan dalam premis, didapati melanggar Akta Hiburan Awam 1958," menurut SPF.

Dua pusat hiburan itu bagaimanapun tidak didedahkan namanya dalam kenyataan media berkenaan.

Sesiapa yang menyediakan atau membantu dalam menyediakan sebarang hiburan awam yang melanggar Akta boleh didenda sehingga S$10,000.

Mereka yang didapati mengambil pekerja asing untuk bekerja tanpa pas kerja yang sah boleh dikenakan denda antara S$5,000 dan S$30,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan bekerja tanpa pas kerja yang sah membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.

"Polis akan terus menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan secara berkala ke atas pusat hiburan awam dan pertubuhan hiburan malam untuk menyekat kegiatan haram," menurut SPF dalam kenyataan media itu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan