Skip to main content

Singapura

2 produk Mie Sedaap yang terbaru ditarik balik disebabkan kandungan racun perosak

Anggaran Waktu Membaca:
2 produk Mie Sedaap yang terbaru ditarik balik disebabkan kandungan racun perosak

(Gambar-gambar: SFA)

Diterbitkan : 11 Oct 2022 02:18PM
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik lagi dua produk Mie Sedaap dari Indonesia disebabkan mengandungi ‘Ethylene oxide’, menurut kenyataan medianya pada Selasa (11 Okt).

Kini sebanyak enam produk jenama Indonesia itu ditarik balik secara keseluruhan disebabkan kandungan racun perosak.

SFA mengeluarkan arahan kepada syarikat Indostop Singapore supaya menarik balik 'Mie Sedaap Kari Spesial Instant Cup Noodles'
dan 'Korean Spicy Chicken Instant Cup Noodles'.

'Mie Sedaap Kari
Spesial Instant Cup
Noodles' mempunyai berat 81 gram (g) dan tarikh luput 27 Mac 2023.

'Mie Sedaap Korean
Spicy Chicken Instant
Cup Noodles' dengan berat 81g pula mempunyai tarikh tamat tempoh 24 April 2023.

Usaha menarik balik kedua-dua produk itu sedang dijalankan, menurut agensi berkenaan.

Semua produk Mie Sedaap yang terjejas akan ditahan dan diuji SFA dahulu setibanya ia di Singapura sehingga isu itu selesai.

Ini bermakna hanya kiriman yang lulus ujian makmal SFA akan diberi kebenaran untuk dijual, jelas agensi itu.

SERBUK CILI MENGANDUNGI ETHYLENE OKSIDA

SFA mendedahkan pihaknya mengenal pasti adanya ethylene oksida dalam serbuk cili produk-produk itu menerusi ujian kawal selianya.

Pengeluar PT Wings Surya juga sedang bekerjasama dengan pengimport bagi menarik balik produk-produk mi segera Mie Sedaao dengan serbuk cili daripada pasaran runcit.

PT Wings Surya juga menjelaskan pihaknya akan membuat semula formulasi bagi produk mereka untuk memperbaiki punca pencemaran ethylene oksida.

SFA menasihati pengguna yang sudah membeli produk-produk terjejas itu supaya tidak memakannya.

Mereka yang sudah memakan produk-produk terjejas dan mempunyai keprihatinan berhubung kesihatan mereka, harus mendapatkan nasihat perubatan, jelas SFA.

Para pengguna juga boleh menghubungi kedai di mana mereka membeli produk-produk itu bagi pertanyaan lanjut.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita