2 produk 'bubble milk tea' ini ditarik balik; SFA kesan bahan terlarang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SFA
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik dua produk 'bubble milk tea' selepas ia didapati mengandungi bahan tambahan yang tidak dibenarkan di sini.
Bahan tambahan tersebut, asid dehydroacetic dikesan pada minuman Xiang Piao Piao Muscovado Sugar Mix (Bubble & Red Bean) Milk Tea dan Matcha Mix (Bubble & Raisin) Milk Tea.
"Asid dehydroacetic adalah bahan tambahan yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan Makanan Singapura," menurut SFA pada Sabtu (17 Dis).
"Risiko keselamatan makanan yang terkait dengan penggunaan produk terbabit adalah rendah," tambah SFA.
"Walau bagaimanapun, para pengguna yang telah membeli produk tersebut dan mempunyai kebimbangan tentang kesihatan mereka tidak harus meminumnya."
Kedua-dua produk adalah dari China. Produk-produk yang terjejas adalah:
- Xiang Piao Piao Muscovado Sugar Mix (Bubble & Red Bean) Milk Tea dengan nombor kumpulan HZ04L18413 20220926
- Matcha Mix (Bubble & Raisin) Milk Tea dengan nombor kumpulan HZ04L18414 20220926
Pengimportnya, Green Olive Group, sudahpun diarahkan supaya menarik balik produk-produk yang terjejas, menurut SFA, sambil menambah bahawa proses penarikan balik itu sedang dijalankan.
Para pengguna boleh menghubungi peruncit yang menjual produk tersebut kepada mereka untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.