Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 prasarana sukan baru bakal dibina di Brickland; anjur kegiatan bagi semua peringkat usia

Anggaran Waktu Membaca:
2 prasarana sukan baru bakal dibina di Brickland; anjur kegiatan bagi semua peringkat usia

(Gambar: Friends of Brickland/Facebook)

SINGAPURA: Dua prasarana sukan yang baru bakal dibina di estet Chua Chu Kang, dengan penekanan kepada kegiatan untuk semua peringkat usia. 

Menurut para pemimpin akar umbi Brickland, matlamatnya adalah untuk memupuk masyarakat lebih inklusif.

Rancangan itu didedahkan pada awal Ahad (16 Apr) semasa lawatan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee melawat kawasan undi tersebut.

Sekiranya pasukan bola sepak anda memerlukan lebih ramai pemain, mungkin boleh diajak bersama golongan ibu bapa.

Inilah yang digalakkan para penduduk Brickland, dengan pelancaran program permainan inklusif yang baru.

Ia bertujuan mengumpulkan semua peringkat umur atau kebolehan, bermain bola keranjang atau bola sepak.

Malah, sukan akan diubahsuai jika perlu agar golongan keperluan khas juga boleh ikut serta.

Kesemua itu akan dijalankan di prasarana sukan yang baru. Ia akan menempatkan gelanggang bola keranjang, sudut kecergasan dan taman permainan tertutup.

Di sebelahnya pula akan ada taman berbasikal lengkap dengan litar lumbanya.

Selain sukan, badan-badan sosial di kawasan tersebut juga sedang berusaha untuk menjalin hubungan antara golongan muda dengan tua menerusi kegiatan kerajinan tangan.

Sebagai contoh, warga senja di Pusat Kegiatan Warga Emas Fei Yue dibantu untuk memasang mainan rumah suria.

Anggota Parlimen Chua Chu Kang Don Wee berkata, pelbagai inisiatif itu penting bagi masyarakat di kawasan baru seperti Brickland, yang masih cuba membangunkan identiti tersendiri.

Contohnya, bagi memudahkan para penduduk melakukan perjalanan antara estet, ketersambungan pengangkutan bakal diperbaiki.

Encik Wee menjadi hos kepada Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee yang melawat estet tersebut serta bertemu dengan para penduduknya.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan