Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 poliklinik baru di Serangoon dan Tengah jelang 2025

Dua poliklinik baru akan dibina di Serangoon dan Tengah menjelang 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Mar 2019 09:10PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 09:52PM

SINGAPURA: Dua poliklinik baru akan dibina di Serangoon dan Tengah menjelang 2025.

Ini didedahkan Kementerian Kesihatan di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan.

MOH juga akan meluaskan rangkaiannya kepada 30 hingga 32 poliklinik dalam tempoh 10 tahun.

MOH sebelum ini mengumumkan bahawa enam poliklinik di Bukit Panjang, Eunos, Kallang, Sembawang, Khatib dan Tampines North akan selesai dibina menjelang 2023 dan pihaknya sedang memuktamadkan lebih banyak tempat yang disasarkan akan siap menjelang 2030.

"Penjagaan utama memainkan peranan penting sebagai asas sistem jagaan kesihatan kami. Ia boleh menyediakan penjagaan bermutu, menyeluruh dan berterusan untuk rakyat Singapura dekat dengan tempat tinggal mereka," menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan, Lam Pin Min.

"Kami akan terus melabur dalam penjagaan utama untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan dan menyediakan lebih banyak sumber bagi rakan-rakan doktor keluarga (GP) kami."

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan