2 petugas wanita di pusat ujian pantas Tekka didakwa curi kit ujian ART COVID-19, jualnya online

Sebuah kit ujian pantas antigen (ART) COVID-19 secara DIY atau lakukan ujian sendiri (Gambar: AFP/Fred Tanneau)
SINGAPURA: Dua wanita yang ditugaskan bekerja di pusat ujian pantas di Tekka didakwa mencuri lebih 100 kit ujian ART COVID-19 daripada pusat tersebut sebelum menjualnya secara online.
Dua wanita berusia 24 dan 27 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (29 Apr).
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (28 Apr), polis memaklumkan bahawa mereka menerima aduan pada 1 Oktober tahun lepas mengenai kit ujian ART kepunyaan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dicuri daripada pusat ujian Tekka.
Siasatan menunjukkan bahawa dua wanita itu yang ditugaskan di pusat ujian berkenaan didakwa mengambil 103 kotak kit ujian ART, menurut polis.
Mereka menjual 44 kotak kit ujian ART tersebutuntungi secara online untuk mendapat untungsengaja mengambil , tambah polis.
Dua wanita tersebut akan didakwa atas kesalahan menyalahgunakan harta milik pihak lain dan menjual barangan yang dicuri untuk meraih keuntungan daripada tindakan sesjenayah.
"Polis memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam penipuan atau tindakan tidak jujur. Pesalah akan ditangani tindakan dengan tegas mengikut undang-undang," menurut polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.