2 persatuan baru bagi pekerja bebas dalam industri kreatif, penghantaran
Pekerja bebas dari industri kreatif dan penghantaran akan mendapat perlindungan dan peluang pekerjaan lebih baik.
SINGAPURA: Pekerja bebas dari industri kreatif dan penghantaran akan mendapat perlindungan dan peluang pekerjaan lebih baik.
Ini apabila dua persatuan baru ditubuhkan bagi mewakili mereka dengan sokongan daripada pergerakan buruh.
Persatuan Profesional Visual, Audio dan Kandungan Kreatif akan memberi tumpuan dalam mengadakan tanda aras industri bagi perkhidmatan tersebut.
Ia juga akan menyiapkan Kod Etika bagi menaikkan tahap profesionalisme.
Persatuan Pekerja Penghantaran Nasional pula akan memberi keutamaan dalam menangani masalah isu-isu kemantapan pendapatan dan keselamatan pekerja penghantaran.
Ia juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu para anggotanya mengikuti ujian teori secara online bagi menggunakan basikal elektrik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.