Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas rempuh kereta di BKE

Anggaran Waktu Membaca:
2 penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas rempuh kereta di BKE

Gambar: SG Road Vigilante/YouTube

SINGAPURA: Dua penunggang motosikal, berusia 34 dan 26 tahun, dikejarkan ke hospital menyusuli nahas yang berlaku pada awal pagi Rabu (20 Dis) di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut selepas 12.10 pagi.

Dalam video yang dimuat naik ke saluran YouTube SG Road Vigilante, sebuah kereta Volkswagen dalam barisan panjang kereta di lorong paling kanan lebuh raya itu dilihat memberi isyarat untuk menukar lorong.

Sedang ia bergerak ke lorong kiri, seorang penunggang motosikal bertembung dengan bahagian depan kiri kereta tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lagi penunggang motosikal merempuh bahagian belakang kereta berkenaan pula.

SCDF menyatakan bahawa kedua-dua penunggang motosikal tersebut dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedarkan diri.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 26 tahun, yang merupakan pemandu kereta terbabit, sedang membantu dalam siasatan polis.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan