2 penunggang dibawa ke hospital ekoran kemalangan 8 kenderaan di AYE
Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan lapan kenderaan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada Khamis (30 Jan).
8 kenderaan terbabit dalam nahas jalan raya di AYE. (Gambar: SG Road Vigilante - SGRV/Facebook)
SINGAPURA: Dua penunggang motosikal dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan lapan kenderaan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada Khamis (30 Jan).
Kemalangan itu, yang berlaku sekitar pukul 9.45 pagi di AYE menuju Ekspreswe Central (CTE) antara jalan susur keluar Portsdown Avenue dan jalan susur keluar Alexandra Road, membabitkan enam kereta dan dua motosikal, menurut polis.
Gambar-gambar kemalangan itu tular di media sosial, menunjukkan dua laluan paling kanan ekspreswe itu ditutup setelah kemalangan itu berlaku.
Satu rakaman video menunjukkan anggota paramedik merawat salah seorang mangsa yang cedera. Lelaki itu terbaring di jalan raya dengan mukanya berlumuran darah.
Penunggang motosikal berusia 28 tahun dan 31 tahun, dalam keadaan sedar apabila mereka dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam ambulans SCDF, menurut polis.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.