Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 penipu diberkas atas pelaburan emas bernilai jutaan dolar

Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan jongkong emas bernilai berjuta-juta dolar, menurut polis hari ini (26 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
2 penipu diberkas atas pelaburan emas bernilai jutaan dolar

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 01:24PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 01:26PM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan jongkong emas bernilai berjuta-juta dolar, menurut polis hari ini (26 Feb).

Kedua-dua suspek diberkas oleh Jabatan Ehwal Komersil dengan bantuan Polis Diraja Malaysia.

Kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai bersubahat dengan Genneva Pte Ltd, sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, yang menjual jongkong emas di bawah sebuah skim beli balik antara 2008 hingga 2012.

Di bawah skim itu, syarikat tersebut menjual jongkong emas kepada para pembeli dengan memberi jaminan bahawa mereka akan memperolehi pulangan sehingga 36 peratus setiap tahun sepanjang tempoh kontrak mereka.

Genneva kemudian menjalankan 'Pemeriksaan Emas', di mana para pembeli dikehendaki menyimpan jongkong emas mereka dengan syarikat itu apabila memperbaharui kontrak mereka.

"Langkah itu atas tujuan menentukan ketulenan jongkong emas para pembeli. Mereka diberitahu bahawa Genneva akan memulangkan jumlah jongkong emas yang sama selepas tiga hari biasa," menurut polis.

Sepanjang tempoh dua bulan, Genneva mengumpul jongkong emas seberat sekitar 3,500 kilogram daripada 'Pemeriksaan Emas' itu.

Syarikat itu bagaimanapun gagal memulangkan jongkong emas seberat sekitar 640 kilogram kepada para pembelinya kerana mengalami masalah kewangan.

Jongkong emas itu mempunyai nilai pasaran sejumlah S$45 juta.

Salah seorang lelaki yang diberkas, yang menyandang jawatan sebagai pengurus besar Genneva pada masa itu, didakwa di mahkamah pada 22 Februari atas kesalahan perdagangan palsu.

Lagi seorang lelaki, yang menyandang jawatan ketua operasi Genneva pada masa itu, juga didakwa atas tuduhan yang sama di mahkamah.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua lelaki boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$15,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan