2 pengguna alami kesan buruk akibat 3 produk ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menggesa orang ramai supaya jangan mengambil atau membeli tiga produk yang didapati mengandungi steroid dan bahan-bahan terlarang.
Ini selepas dua pengguna mengalami gejala seperti sakit pening yang teruk dan degupan jantung yang kencang.
Coklat jenama Lorenxo diiklankan sebagai makanan tambahan untuk diet.
Namun ia didapati mengandungi ubat memerlukan preskripsi yang sering digunakan dalam kes mati pucuk.

Produk DND Rx9 pada awalnya dipasarkan sebagai ubat untuk penyakit gaut, namun ia didapati mengandungi bahan steroid.
Menurut HSA, penggunaan bahan itu tanpa penyeliaan boleh membawa kepada gejala pendarahan dan kerosakan pada perut.

Sedang Kopi MOFA, yang dikatakan dapat mengawal selera makan, mengandungi bahan mengurangkan berat badan pada kadar cukup tinggi.
Bahan tersebut diharamkan sejak 2010 kerana meningkatkan risiko serangan jantung.
Ketiga-tiga produk dijual secara online.
Pihak HSA sudahpun menghubungi pemilik platform terbabit supaya menarik balik tiga produk tersebut.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.