Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 pengendali didenda $3,000 jual minuman keras selepas waktu ditetapkan

Dua pengendali minuman keras mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman kerana menjual minuman keras selepas waktu yang ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2018 07:17PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 12:49AM

SINGAPURA: Dua pengendali minuman keras mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman kerana menjual minuman keras selepas waktu yang ditetapkan.

Kedua-dua pengendali dikenakan denda minimum $3,000.

Anthony Anand dan Er Hung Khoon menjual minuman keras di kedai runcit mereka sebanyak dua kali, secara berasingan selepas waktu yang ditetapkan.

Er, bagaimanapun, dikenakan dua kesalahan tambahan kerana membekalkan minuman keras di luar premis berlesen. Memandangkan insiden-insiden itu berlaku di Zon Kawalan Minuman Keras (LCZ), Er boleh dikenakan hukuman yang lebih berat.

Kedai-kedai yang berada di LCZ tidak boleh menjual minuman keras selepas 11.30 malam pada hari biasa dan selepas jam 7.00 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman yang lebih berat.

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan