2 pelancong SG maut selepas kanu terbalik di sungai Afrika Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua pelancong dari Singapura maut menyusuli kemalangan mengayuh kanu di Crocodile River di Afrika Selatan pada Ahad (18 Jun).
Mereka adalah sebahagian daripada 20 pelancong Singapura dan enam pemandu sungai dari Afrika Selatan bagi kegiatan mengayuh kanu itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Institut Menyelamat Laut Nasional (NSRI) menyatakan pasukan Empangan Hartbeespoort, Unit Menyelamat Strategik dan polis Afrika Selatan memberi respons kepada kemalangan yang melibatkan kanu di Crocodile River pada 2.42 petang dan beberapa mangsa dilaporkan.
NSRI adalah pertubuhan sukarela yang menjalankan kerja-kerja menyelamatkan nyawa di perairan Afrika Selatan.
Jasad kedua-dua pelancong, yang usia, kerakyatan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti - sudah dibawa ke Perkhidmatan Patologi Forensik Kesihatan Pemerintah di sana.
NSRI menyatakan lapan pelancong terbalik ketika menaiki empat kanu.
"Setibanya di tempat kejadian, pasukan paramedik menjalankan bantuan pernafasan (CPR) ke atas seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.
"Meskipun usaha menyeluruh dijalankan ke atas kedua-dua pesakit itu, kedua-dua lelaki dan wanita itu malangnya diisytiharkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik," jelas NSRI.
Enam pelancong dan dua pemandu sungai diselamatkan dari sungai itu dengan bantuan khidmat kecemasan, pegawai pemandu lain dan beberapa pelancong lain.
Enam pelancong dirawat bagi kecederaan di tempat kejadian.
Dua pemandu dibawa ke hospital dan sedang beransur pulih.
Baki pelancong lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
NSRI menyampaikan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan dua pelancong yang maut itu, sambil menambah polis membuka siasatan ke atas insiden itu.
Mediacorp sudah menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) bagi mengulas mengenai insiden tersebut.

Sumber : Today/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.