2 pelajar ITE Melayu/Islam antara penerima Anugerah Lee Kuan Yew
Dua pelajar Melayu dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) antara 53 penerima Anugerah Lee Kuan Yew tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua pelajar Melayu dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) antara 53 penerima Anugerah Lee Kuan Yew tahun ini.
Mereka dalam kalangan 400 pelajar yang diraikan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ITE di Kolej Tengah, ITE, pada Khamis (22 Mei).
Selain itu, 365 pelajar lain menerima pelbagai anugerah seperti Kecemerlangan Seni, Sukan, Pingat CCA, Anugerah Penghargaan, dan Biasiswa Yayasan Keppel Care.
KEGAGALAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT
Hasil kerja keras Ammar Sufi Bin Mohammad Yusri akhirnya membuahkan hasil apabila beliau dianugerahkan Anugerah Lee Kuan Yew bagi Pelajar Contoh.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran peribadi dan keluarga, Ammar tidak pernah berputus asa.
Beliau mengalami keresahan dan kemurungan yang menjejaskan tumpuannya dalam peperiksaan di peringkat 'N'.
Apabila permohonannya ke ITE ditolak, Ammar mengambil keputusan untuk bekerja setahun bagi membina kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.
Pada 2021, beliau akhirnya berjaya masuk ke ITE.
Disiplin dan pengurusan masa yang baik membolehkannya mengimbangkan kerja dan pelajaran dengan cemerlang.
Walaupun tiada latar belakang dalam Pembangunan Aplikasi IT, ketekunannya membolehkannya meraih GPA GPA 3.966.
Kata beliau, “Saya membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti luar, dan pada masa yang sama, saya pun memberi masa untuk keluarga dan kawan-kawan saya. Ini membuatkan saya fokus lebih di sekolah.”

Tambahannya lagi, “Anugerah Lee Kuan Yew ini akan memberikan saya lebih motivasi untuk terus bekerja keras dalam pelajaran saya.”
Semasa menjalani latihan industri di sebuah syarikat, etika kerja Ammar yang cemerlang meninggalkan kesan mendalam sehingga syarikat tersebut menawarkannya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat politeknik.
Di sana, Ammar hampir bersendirian bertanggungjawab menambah baik dan mengurus keseluruhan laman web syarikat.
Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di Politeknik Singapura.
Menurut Ammar, “Selepas tamat pengajian di Politeknik Singapura, saya bercadang menyambung pelajaran ke universiti dan seterusnya memulakan kerjaya dalam bidang teknologi.”
Beliau turut berkongsi nasihat, “Nasihat saya kepada semua adalah menjadi insan yang ikhlas. Ingatlah, sekolah bukan sahaja tempat untuk belajar akademik, tetapi juga peluang lain yang perlu kita rebut. Dunia ini penuh dengan peluang, dan terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedia membantu kita memperkasakan diri dan membawa perubahan positif — sesuatu yang mungkin tidak kita peroleh hanya di sekolah.”
USAHA DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR
Seorang lagi penerima Anugerah Lee Kuan Yew bagi kegiatan ko-kurikular (CCA), Neesha Binte Akbar, meluahkan kegembiraannya menerima penghargaan tersebut.
Minat mendalam terhadap pokok dan tanaman mendorong Neesha, yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Marin di Politeknik Republik, untuk bertekad menyumbang kepada kemampanan di Singapura.
Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Duta Hijau ITE (2024) dan Anugerah Advokat Kelestarian ITE Kolej Timur (2025) atas usaha cemerlang dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar.
Neesha juga meraih GPA sempurna 4.0 dan tersenarai dalam Senarai Pengarah dari 2023 hingga 2024.

Kata beliau, “Saya rasa yang anugerah ini dapat memberikan saya semangat untuk saya melanjutkan pelajaran. Ia akan menjadi satu motivasi untuk saya.”
“Saya boleh menjadi contoh kepada orang lain supaya mereka akan melakukan yang lebih baik daripada saya. Seperti contoh, mereka boleh jadi lebih yakin dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran”, tambah beliau lagi.
Selaras dengan Pelan Hijau Singapura 2030, Neesha berharap dapat turut serta dalam acara dan kerja sukarelawan yang dianjurkan, bagi menyumbang ke arah kejayaan usaha tersebut.
“Saya berharap bahawa saya boleh melibatkan diri saya dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Singapore Green Plan 2030. Saya juga berharap bahawa saya dapat melalukan kerja-kerja sukarelawan dalam bidang ini”, kata Neesha.

Sumber : BERITA Mediacorp/HD/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.