2 pekerja SATS digantung kerja kerana bergaduh
Dua pekerja SATS sudah digantung kerja setelah satu rakaman video yang menunjukkan pergaduhan mereka di landasan Lapangan Terbang Changi menjadi tular di media sosial.
Petikan gambar daripada video yang tular.
SINGAPURA: Dua pekerja SATS sudah digantung kerja setelah satu rakaman video yang menunjukkan pergaduhan mereka di landasan Lapangan Terbang Changi menjadi tular di media sosial.
Pergaduhan itu berlaku pada sebelah malam Ahad (17 Mac), menurut SATS. Dalam video itu, dua pekerja SATS dilihat sedang bergelut antara satu sama lain, manakala para kakitangan lain cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Para kakitangan yang terlibat sudah digantung kerja, sedang siasatan dijalankan.
"Kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang melanggar peraturan di landasan lapangan terbang. Kakitangan yang terlibat akan ditangani mengikut peraturan," menurut SATS.
Katerer makanan dalam pesawat SATS berpangkalan di Singapura dan syarikat itu menghasilkan 170 juta hidangan setahun bagi lebih 35 lokasi di merata Asia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.