Skip to main content

Singapura

2 pekerja cedera selepas siling palsu roboh di bilik dormitori

MOM menyatakan insiden di dormitori yang terletak di Woodlands itu berlaku menyusuli hujan lebat dan angin kencang.

Anggaran Waktu Membaca:
2 pekerja cedera selepas siling palsu roboh di bilik dormitori

Petikan skrin dari video yang menunjukkan siling palsu yang roboh di dormitori North Coast Lodge. (Gambar: Instagram/singapore_incidents)

SINGAPURA: Dua pekerja cedera selepas siling palsu di tujuh bilik di dormitori North Coast Lodge roboh.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan insiden di dormitori di Woodlands itu berlaku menyusuli hujan lebat dan angin kencang pada Ahad (25 Sep).

Dua lagi bilik rosak kerana siling bocor.

Kedua-dua pekerja itu luka ringan dan mendapatkan rawatan perubatan. Sekitar 100 penghuni di bilik yang terjejas sudah dipindahkan buat sementara waktu ke bilik-bilik lain di dormitori sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan, jelas MOM.

Pegawai Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (FAST) dikerahkan ke dormitori itu dan MOM sedang menjalankan siasatan.

"Kami sedang bekerjasama dengan pengendali dormitori bagi membantu pekerja hijrahan yang terjejas," menurut MOM.

Mediacorp sudah menghubungi pengendali dormitori Draco Venture bagi maklumat lanjut.

Dalam video yang dimuat naik ke Instagram, beberapa bahagian siling yang roboh itu boleh dilihat di lantai bilik sedang para pekerja mengemas barang-barang mereka.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita