2 pekerja binaan maut susuli kemalangan di tempat kerja berasingan di tapak kerja LTA
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail seorang pekerja binaan di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Dua pekerja binaan maut dalam kemalangan di tempat kerja yang berasingan di tapak kerja Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (15 Sep) dan Sabtu.
Seorang warga India berusia 45 tahun terkorban apabila sebuah motosikal merempuhnya di Expreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Tuas sekitar pukul 1.00 pagi pada 15 September.
Pekerja binaan terbabit sedang melakukan tugas sebagai pengawal trafik bagi kerja-kerja penurapan jalan raya. Kedua-dua pekerja dan penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Pemilik tapak kerja dan majikan pekerja yang meninggal dunia itu ialah Ley Choon Constructions and Engineering.
"Sebagai langkah keselamatan umum, kontraktor kerja-kerja jalan raya diingatkan supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Kod Amalan bagi Kawalan Trafik di Zon Kerja Penguasa Pengangkutan Darat," menurut MOM, sambil menambah bahawa ia sedang menyiasat insiden berkenaan.
Insiden kedua pula berlaku sekitar pukul 10.45 pagi pada 16 September di tapak kerja Koridor Utara-Selatan di Cavenagh Road.
LTA merupakan pemaju projek tersebut dan pemilik tapak kerja itu ialah Leighton-Yongnam Joint Venture. Majikan pekerja yang meninggal dunia itu ialah Royale Construction.
MOM sudah menghentikan operasi mengangkat barang di tapak keerja itu sedang siasatan dijalankan.
"Kami berduka cita atas kemalangan tersebut dan sedang bekerjasama dengan kontraktor kami untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terkorban," menurut LTA, sambil menambah bahawa tiada orang lain yang mengalami kecederaan ekoran insiden tersebut.
Semua kegiatan kerja di tapak kerja Koridor Utara-Selatan di bawah Leighton-Yongnam Joint Venture dihentikan berikutan insiden berkenaan.
Leighton-Yongnam Joint Venture dan LTA sedang membantu siasatan polis dan MOM.
"Sebagai langkah keselamatan umum, langkah berjaga-jaga mesti diambil bagi mengelak sebarang bahagian muatan yang diangkat daripada tersangkut dengan sebarang struktur lain," menurut MOM.
Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata di Konvensyen Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar LTA pada pagi Selasa bahawa terdapat kenaikan dalam jumlah kemalangan di tempat kerja di tapak LTA yang dilaporkan tahun ini.
Terdapat sebanyak 33 kemalangan di tempat kerja yang dilaporkan dalam lapan bulan pertama 2023, berbanding 27 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Beliau menyuarakan duka citanya atas dua kemalangan maut yang berlaku baru-baru ini.
"Kita mungkin sudah meninggalkan tempoh keselamatan yang dipertingkat, tetapi kita mesti kekal berwaspada dan mengukuhkan amalan keselamatan kita," tambahnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.