Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 orang diberi suntikan vaksin Pfizer belum dicairkan, 1 dimasukkan ke hospital

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat kejadian membabitkan dua orang dewasa yang diberikan satu suntikan vaksin Pfizer yang tidak dicairkan dahulu.

Para pesakit itu dikatakan menerima suntikan tersebut di sebuah klinik ProHealth Medical Group di Hougang pada 15 September.

Menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA), vaksin Pfizer perlu dicairkan dengan 1.8 milimeter natrium klorida.

Seorang daripada mereka kemudian dimasukkan ke hospital selepas mengalami pening-pening dan degupan jantung yang tinggi.

Pesakit berkenaan sudahpun dibenarkan pulang.

Orang kedua kejadian ini bagaimanapun tidak melaporkan sebarang kesan sampingan.

Kinik dan doktor terbabit sudah digantung daripada Program Vaksinasi Negara sehingga diberitahu kelak.
Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan