2 orang dibawa ke hospital susuli nahas berangkai 5 kenderaan di AYE
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Singapore roads accident/Facebook)
SINGAPURA: Dua orang dikejarkan ke hospital selepas kemalangan berantai melibatkan lima kereta di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Khamis (21 Sep).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, pihak polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai nahas yang melibatkan dua lori jongket, dua van dan sebuah teksi di AYE menghala ke Tuas.
“Seorang pemandu van wanita berusia 35 tahun dan penumpang lelakinya berusia 39 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar," tambahnya.
Dalam klip video yang dimuat naik di laman Facebook 'Singapore Roads Accident' pada Khamis, lima kenderaan itu dilihat berderet, dengan apa yang kelihatan seperti simen menutupi van dan teksi.
Bahagian hadapan van berwarna kelabu itu juga remuk selepas bertembung dengan salah satu lori jongket itu.
Trak tunda juga kelihatan di lokasi kemalangan.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.