Skip to main content

Singapura

2 NCMP baharu mahu perjuang sistem politik lebih rencam dan seimbang

Anggaran Waktu Membaca:
2 NCMP baharu mahu perjuang sistem politik lebih rencam dan seimbang

Andre Low (kiri) dan Eileen Chong (kanan) dari Parti Pekerja (WP) dipilih sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) selepas Pilihan Raya Umum (GE) 2025. (Gambar: CNA/Ili Mansor, Syamil Sapari)

Diterbitkan : 20 May 2025 07:24PM Dikemas Kini : 20 May 2025 11:28PM
SINGAPURA: Dua Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang baharu, Andre Low dan Eileen Chong menyatakan, mereka berharap menjadi suara bagi rakyat Singapura di Parlimen.

Kedua-danya yang merupakan anggota Parti Pekerja (WP) juga mahu memperjuangkan sistem politik yang lebih seimbang dan pelbagai.

Dalam catatannya di media sosial, Encik Low ingin mengajukan soalan-soalan sukar kepada para pemimpin Singapura agar mereka dipertanggungjawabkan.

Namun begitu kata beliau, Parti Pekerja (WP) tetap komited untuk saling bekerjasama merentasi parti apabila keadaan memerlukannya.

Encik Low berharap dapat bekerjasama dengan Cik Chong untuk menyuntik perspektif baharu dalam perbincangan peringkat nasional.

Sementara itu, Cik Chong berharap dapat terus mendengar kebimbangan rakyat Singapura, dalam membina negara yang lebih adil dan penyayang.
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita