Skip to main content

Singapura

2 menteri SG hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Keluarga Diraja Johor

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Apr 2024 09:16PM Dikemas Kini : 10 Apr 2024 10:56PM
JOHOR BAHRU: Dua menteri Singapura menyertai Keluarga Diraja Johor dalam sambutan Rumah Terbuka Hari Raya pada Rabu (10 Apr).

Ini sebagai tanda mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sudah sekian lama terjalin antara Singapura dengan negeri Johor.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat menghadiri majlis jamuan tengah hari di Istana Bukit Serene.

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan, ia adalah satu tradisi tahunan bagi meraikan hubungan yang kukuh antara kedua-dua belah pihak.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita