2 menara baharu Mahkamah Negara dibuka; permudah akses kepada keadilan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mahkamah Negara Singapura secara rasmi berpindah ke dua menara baharu, yang direka untuk memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada keadilan.
Kompleks terbaru itu direka bentuk bagi memanfaatkan lebih banyak teknologi demi menjimatkan waktu orang ramai dalam dunia moden.
Menara-menara 35 tingkat itu menawarkan lebih banyak bilik mahkamah serta kamar bicara, lantas mencerminkan meningkatnya kes-kes tribunal dan masyarakat.
Bantuan bukan guaman seperti kaunseling dan perkhidmatan sosial juga disediakan di sini sekarang.
Terdapat juga bilik menyusu untuk kaum ibu, kemudahan khusus bagi golongan kurang upaya serta taman atas bumbung untuk menjadikan persekitaran mahkamah yang kurang tekanan.
Presiden Halimah Yacob berkata: "Selain kecekapan, badan kehakiman wujud sebagai badan penting negara untuk memberikan khidmat kepada setiap orang dalam masyarakat yang mahu menuntut keadilan. Saya gembira untuk mendapat tahu bahawa tumpuan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat diterapkan dengan baik dalam reka bentuk Menara Mahkamah Negara dan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.