2 mayat ditemui di Sungai S'pura dekat Clarke Quay
Dua mayat ditemui di Sungai Singapura berhampiran Clarke Quay pada awal pagi Ahad (18 Apr).
SINGAPURA: Dua mayat ditemui di Sungai Singapura berhampiran Clarke Quay pada awal pagi Ahad (18 Apr).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan meminta bantuan bagi satu insiden berdekatan 6 Eu Tong Sen Street pada sekitar jam 2.00 pagi.
"Sebaik saja pasukan SCDF tiba di tempat kejadian, tiada tanda orang yang memerlukan bantuan," menurut SCDF.
Para penyelam dari Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) menjalankan operasi pencarian di dalam air. Sebuah kenderaan dikendalikan dari jauh yang dilengkapi dengan peralatan pengimejan sonar turut dikerahkan untuk menyokong operasi tersebut.
Menurut polis, mayat dua lelaki yang berusia 26 dan 28 tahun ditemui di tempat kejadian dan dibawa keluar dari sungai berkenaan.
Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Siasatan masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.