Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 maut selepas kereta dan bas berlanggar di simpang Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut selepas kereta dan bas berlanggar di simpang Woodlands

Tangkapan skrin video yang menunjukkan kemalangan di simpang Woodlands Avenue 9 dan Woodlands Avenue 4. (Gambar: Mohd Azhar)

SINGAPURA: Dua orang meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bus Tower Transit di simpang Woodlands Avenue 9 dan Woodlands Avenue 4 pada awal pagi Khamis (1 Sep).

Seorang lelaki 32 tahun yang memandu kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Sembilan lagi orang dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar pukul 6.10 pagi.

Antaranya, pemandu bas, 37 tahun manakala,yang lain merupakan penumpang bas berkenaan, kata Pasukan Polis Singapura (SPF).

Salah seorang penumpang bas tersebut, wanita berusia 53 tahun, kemudian meninggal dunia di hospital.

Siasatan sedang dijalankan, kata polis.

Rakaman video yang dikongsi dengan Mediacorp menunjukkan sebuah kereta Honda Civic berwarna kuning remuk di depan dan terletak di sebelah sebuah bas Tower Transit.

Dua khemah biru polis juga dipasang bersebelahan kenderaan tersebut.

Menurut Tower Transit, kapten bas tersebut berada dalam keadaan stabil dan dia akan digantung tugasnya sedang siasatan dijalankan.

Syarikat pengendali bas tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang tampil untuk membantu kapten bas berkenaan dan penumpang. Tower Transit turut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan