Skip to main content

Singapura

2 maut dalam kebakaran di flat Bukit Merah

Anggaran Waktu Membaca:
2 maut dalam kebakaran di flat Bukit Merah

Dua orang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dapur sebuah flat HDB di Jalan Bukit Merah pada 13 Ogos 2025. (Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 13 Aug 2025 08:53PM Dikemas Kini : 13 Aug 2025 08:54PM
SINGAPURA: Dua orang maut menyusuli kebakaran di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bukit Merah pada Rabu (13 Ogos), seperti dimaklumkan kepada Mediacorp.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa empat orang dibawa ke hospital selepas kebakaran tercetus di Blok 106 Jalan Bukit Merah sekitar pukul 4.00 petang.

Apabila anggota bomba tiba, ruang tamu dan bilik tidur unit di tingkat empat itu sedang dijilat api.

Dua orang ditemui dalam tidak sedarkan diri di dapur flat tersebut, dan mereka dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Dua orang lain dari unit-unit berdekatan turut dibawa ke SGH.

Seorang daripada mereka berasa tidak sihat, dan seorang lagi terhidu asap.

Kira-kira 60 orang dari blok yang terlibat dipindahkan oleh polis dan SCDF sebagai langkah berjaga-jaga.

Kebakaran tersebut dipadamkan dengan jet air, menurut SCDF, sambil menambah bahawa punca kebakaran sedang disiasat.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita