Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 maut, 20 cedera gempa 6.2 Richter landa Sumatera Barat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda kepulauan Sumatera pagi tadi (25 Feb).

Setakat ini, sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi turut cedera.

Gempa itu berlaku beberapa minit selepas gegaran yang tidak begitu kuat dirasakan.

Agensi meteorologi Indonesia menyatakan sekurang-kurangnya 15 gempa susulan dirasakan.

Gempa bumi yang menggegarkan kepulauan Sumatera pagi tadi telah memusnahkan banyak rumah, sekolah dan juga sebuah hospital.

Para penduduk yang tinggal berdekatan pusat gempa di Padang juga melarikan diri dari rumah masing-masing.

Di bandar Pasaman pula, pihak berkuasa mengatakan ratusan bangunan dilaporkan runtuh.

Pasukan tindak balas bencana Indonesia juga sedang menuju ke kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas untuk membantu dalam usaha menyelamatkan para penduduk.

Pihak berkuasa turut memberi amaran agar para penduduk tidak memasuki bangunan yang musnah dan untuk segera keluar dari bangunan jika gempa susulan berlaku.

Mereka juga harus menjauhkan diri daripada kawasan berbukit kerana bimbang akan berlakunya tanah runtuh.
 

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan