2 maut, 1 cedera dalam kemalangan dekat KKH
Dua penumpang van maut manakala pemandunya cedera dalam satu kemalangan awal pagi tadi (20 Okt) dekat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Petikan gambar video yang tular online (Gambar: CNA/Facebook)
SINGAPURA: Dua penumpang van maut manakala pemandunya cedera dalam satu kemalangan awal pagi tadi (20 Okt) dekat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Nahas tersebut berlaku di Bukit Timah Road menghala Upper Bukit Timah Road pada sekitar 3.00 pagi, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).
Van terlibat dipercayai tergelincir lalu merempuh sebatang pokok. Tiada kenderaan lain berlaku dalam kemalangan itu.
Dua penumpang lelaki berusia 25 dan 42 tahun, disahkan mati oleh pegawai paramedik di tempat kejadian. Pemandu lelaki berusia 25 tahun dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar.
Pemandu itu diberkas kerana menyebabkan kematian dengan tindakan cuai, menurut SPF lagi.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.