2 loji janakuasa baharu mula beroperasi di Pulau Jurong
Dua loji janakuasa yang dibiayai pemerintah kini mula beroperasi di Pulau Jurong.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua loji janakuasa yang dibiayai pemerintah kini mula beroperasi di Pulau Jurong.
Janakuasa Meranti Power dengan kapasiti 682 megawatt itu mampu bertindak sebagai tenaga sokongan, jika janakuasa lain terhenti atau bagi menggantikan keupayaan menghidupkan janakuasa dengan pantas.
Meranti Power boleh mencapai kapasiti penuh dalam masa 25 minit sahaja.
Kapasiti itu cukup untuk membekalkan tenaga kepada sejuta unit flat HDB empat bilik.
Pengguna tempatan secara purata mengalami kurang daripada satu gangguan bekalan tenaga setahun.
Jika ia berlaku sekalipun, ia biasanya berlarutan selama 10 hingga 15 saat sahaja.
Apabila sistem gagal berfungsi atau permintaan tenaga meningkat secara mendadak, janakuasa sokongan perlu diaktifkan dengan segera.
Ini sebabnya pemerintah membiayai pembinaan dua janakuasa turbin gas kitaran terbuka yang baharu itu.
"Kami sentiasa menyelenggara, memperbaharui dan memperluas infrastruktur tenaga bagi memastikan kapasiti penjanaan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.
"Dengan peningkatan permintaan elektrik serta kemasukan pelbagai sumber tenaga baharu, kami perlu meningkatkan lagi pelaburan dalam aset penjanaan bagi memastikan sistem tenaga negara kekal boleh dipercayai dan berdaya tahan," kata Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains & Teknologi, Dr Tan See Leng.
Kedua-dua unit berkapasiti 341 megawatt itu boleh diaktifkan dengan cepat, dan membekalkan tenaga tambahan dalam masa 10 minit apabila diperlukan.
Janakuasa tersebut juga menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pemantauan operasi hariannya.
"Kami percaya kepada penggunaan teknologi untuk menjadikan operasi kami lebih selamat, lebih bijak dan lebih cekap. Untuk itu kami sedang meneroka penggunaan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh operasi serta menyokong perancangan kami," kata Pengarah Urusan Meranti Power, Tan Chor Kiat.
Turbin-turbin janakuasa tersebut lebih cekap berbanding yang sedia ada.
Ia boleh mengurangkan sehingga 4,000 tan pelepasan karbon - jumlah yang setara dengan apa yang diserap oleh 200,000 pokok dalam tempoh setahun.
Ia merupakan daya tenaga lebih mesra alam dalam mengekalkan kestabilan sistem tenaga di Singapura.
Kedua-dua janakuasa itu dibiayai oleh pemerintah pada 2022 kerana ketika itu tiada minat secara komersil dari pihak lain.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.