2 lelaki warga China diberkas berkaitan kes curi di Buona Vista dan Holland; mungkin libat sindiket
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua warga China akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (20 Dis) bagi kes pecah rumah dan mencuri di Singapura.
Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek dikaitkan dengan sindiket pecah rumah yang aktif di Singapura pada pertengahan tahun ini.
Dua buah jam tangan bernilai lebih S$8,800, sebuah beg kantung berjenama bernilai sekitar S$5,000, barang kemas dan lebih S$3,500 wang tunai ditemui daripada kedua-dua lelaki itu yang berusia 38 dan 52 tahun.

Kedua-dua suspek, yang ke sini dengan pas lawatan sosial, diberkas dalam tempoh enam jam selepas kes pertama dilaporkan.
Polis dimaklumkan sekitar tengah hari Rabu (18 Dis) mengenai kes pecah rumah pertama di Greenleaf View, di kawasan Holland.
Pada jam 6.00 petang pada hari yang sama, polis menangkap kedua-dua lelaki itu.
Polis mengesahkan bahawa barang berharga yang ditemui ada kaitan dengan kes pecah rumah sepanjang Zehnder Road, di kawasan Buona Vista.
Polis menggesa orang ramai supaya berwaspada, terutamanya semasa musim percutian akhir tahun ini.
Penolong Pesuruhjaya Serene Chiu dari Divisyen Clementi Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata: "Polis ingin menekankan bahawa masyarakat yang berwaspada adalah pencegahan terbaik. Penduduk harus terus memerhatikan dan melaporkan orang-orang mencurigakan yang berkeliaran di kawasan kejiranan.
"Dengan kerjasama masyarakat yang kukuh, Singapura boleh terus menjadi salah satu tempat paling selamat di dunia."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.