Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki terlibat kes kelar di Boon Lay dijel, dirotan

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki terlibat kes kelar di Boon Lay dijel, dirotan

Muhammad Sajid Saleem, 21 tahun. Gambar: CNA

SINGAPURA: Dua lelaki yang terlibat dalam kes mengelar mangsa di Boon Lay, yang kemudian tular di media sosial, dijatuhi hukuman penjara dan dikenakan sebatan rotan.

Muhammad Sajid Saleem, 21 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 36 bulan dan dikenakan enam sebatan rotan. Dia mengaku bersalah pada 2 November atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya terhadap Encik Praveen Raj Chanthiran, 23 tahun.

Dia juga mengaku bersalah atas satu tuduhan menganggotai kumpulan kongsi gelap dari Julai 2020 hingga Disember 2021. Tiga lagi tuduhan serupa turut diambil kira.

Rakan subahatnya, seorang lelaki berusia 20 tahun, dijatuhi hukuman penjara 39 bulan dan enam sebatan.

Dia juga didenda S$1,800 dan hilang kelayakan memiliki atau mengambil semua kelas lesen memandu selama 12 bulan.

Dia mengaku bersalah atas enam tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya, memandu tanpa lesen memandu yang sah dan menjadi anggota kongsi gelap. Sepuluh lagi tuduhan turut diambil kira.

Namanya tidak boleh didedahkan kerana berumur di bawah 18 tahun ketika kesalahannya dilakukan dan oleh itu dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (CYPA).

Hakim Daerah Carol Ling mengusulkan laporan latihan reformasi disediakan untuk Sajid dan rakan sejenayah.
Sesiapa yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya boleh dipenjara sehingga 15 tahun, didenda atau dirotan.

Mereka yang didapati bersalah menjadi anggota kumpulan kongsi gelap boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$5,000.

Mereka yang memandu tanpa lesen yang sah boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan