2 lelaki Sri Lanka dipenjara 8 bulan kerana pasport, kad pengenalan palsu Singapura
Dua lelaki Sri Lanka dijatuhi hukuman penjara lapan bulan berkaitan kes pasport dan kad pengenalan palsu Singapura. Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendedahkan bahawa kedua-dua lelaki itu ditangkap para pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 29 Februari 2020.

Pushparaj Kapil (kiri) dan Ramachandran Kriysso Prasshad (kanan). (Gambar: ICA)
SINGAPURA: Dua lelaki Sri Lanka dijatuhi hukuman penjara lapan bulan berkaitan kes pasport dan kad pengenalan palsu Singapura.
Dalam kenyataan media pada Sabtu (6 Jun), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendedahkan bahawa kedua-dua lelaki itu ditangkap para pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 29 Februari 2020.
Dokumen-dokumen palsu itu ditemui di dalam beg Pushparaj Kapil.
Lelaki 21 tahun itu mahu menggunakannya bagi memohon suaka di Kanada.
Dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada April lalu.
Kapil mendapat pasport dan kad pengenalan palsu itu menerusi bantuan Ramachandran Kriysso Prasshad, 32 tahun, dari seseorang di Kuala Lumpur.
Prasshad pula dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada minggu lalu.
Kapil didapati bersalah kerana mempunyai pasport palsu Singapura dan memalsukan kad pengenalan Singapura.
Prasshad pula didakwa kerana bersubahat dengan Kapil untuk mendapatkan dokumen palsu tersebut.
"ICA memandang serius individu yang memegang dokumen perjalanan palsu atau kad pengenalan palsu, atau sesiapa yang membantu pihak lain mendapatkan dokumen-dokumen palsu itu," tambah ICA.
Sesiapa yang didapati bersalah dan didakwa kerana secara sedar membawa pasport Singapura palsu atau kad pengenalan palsu boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Orang yang bersubahat membantu mendapatkan dokumen palsu itu juga boleh dikenakan hukuman sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.