2 lelaki rakyat Malaysia diberkas selepas pemandu cuba seludup keluar individu tanpa dokumen perjalanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia berusia 32 tahun cuba meninggalkan negara ini dengan bersembunyi dalam bahagian kargo sebuah lori, yang dipandu pemandu warga Malaysia berusia 44 tahun.
Percubaan mereka yang dilakukan di Pusat Pemeriksaan Tuas gagal apabila dikesan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (19 Jul) pada kira-kira 12.00 tengah hari, menyusuli pemeriksaan lanjut yang dijalankan.

Lelaki yang bersembunyi dalam lori berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.
Kedua-dua lelaki warga Malaysia itu telah diberkas dan akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (20 Jul).
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan itu, ICA menekankan pihaknya memandang serius terhadap percubaan untuk memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram dan tidak akan teragak-agak untuk mendakwa para pesalah bagi kes sedemikian.
Di bawah Akta Imigresen 1959, kesalahan memasuki Singapura secara haram boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan dikenakan sekurang-kurangnya tiga sebatan rotan. Mereka yang didapati bersalah meninggalkan negara ini secara haram boleh didenda sehingga S$1,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang didapati terlibat dalam perniagaan membawa pendatang haram keluar dari Singapura boleh dihukum penjara antara dua hingga lima tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya tiga sebatan rotan.
Kenderaan yang digunakan bagi kesalahan sedemikian juga akan dirampas.
Mengulas mengenai penahanan dua rakyat Malaysia itu, Komander Pusat Pemeriksaan Tuas, Penolong Pesuruhjaya Leong Mun Cheong berkata: "Pengesanan ini adalah bukti kewaspadaan dan komitmen pegawai kami dalam melindungi sempadan Singapura.
"ICA akan terus mengekalkan kewaspadaan dan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaan demi mengelakkan percubaan menyeludup orang yang tidak diingini, dadah, senjata, bahan letupan dan seludup lain," tekannya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.