Skip to main content

Singapura

2 lelaki Malaysia ditangkap cuba seludup dadah di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2025 02:25PM Dikemas Kini : 06 Aug 2025 10:15PM
  • Dua lelaki Malaysia ditangkap secara berasingan di Pusat Pemeriksaan Woodlands baru-baru ini kerana cuba menyeludup dadah ke negara ini.
  • Dalam kes pertama, seorang lelaki Malaysia berusia 33 tahun yang memandu kereta ditangkap pada 31 Julai kerana cuba menyeludup 414 gram dadah Ice dan 46 gram pil Ecstasy yang disembunyikan di dalam sebuah balang.
  • Dalam kes kedua pada 2 Ogos pula, seorang lelaki Malaysia, 36 tahun, yang menunggang motosikal ditangkap kerana disyaki cuba menyeludup 4,149 gram ganja dan 10 gram dadah ketamine.
  • Di bawah Seksyen 7 Penyalahgunaan Akta Dadah 1973, mereka yang mengimport ke atau mengeksport dari Singapura lebih daripada 250 gram methamphetamine, atau lebih daripada 500 gram ganja mungkin menghadapi hukuman mati.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Dua lelaki Malaysia ditangkap secara berasingan di Pusat Pemeriksaan Woodlands baru-baru ini kerana cuba menyeludup dadah ke negara ini.

Demikian menurut kenyataan bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (6 Ogos).

Dalam kes pertama, seorang lelaki Malaysia berusia 33 tahun yang memandu kereta ditangkap pada 31 Julai kerana cuba menyeludup 414 gram dadah Ice dan 46 gram pil Ecstasy yang disembunyikan di dalam sebuah balang.

Dadah-dadah itu dianggarkan bernilai lebih S$52,000.

Wang tunai berjumlah S$2,947.30, THB74,920, MYR1,185.65, IDR100 dan NTD10 turut dirampas.

Hasil siasatan susulannya, pada hari yang sama, para pegawai CNB melancarkan operasi di kawasan Bras Basah dan menangkap seorang lelaki Singapura berusia 52 tahun.

Dalam kes kedua pada 2 Ogos pula, seorang lelaki Malaysia, 36 tahun, yang menunggang motosikal ditangkap kerana disyaki cuba menyeludup 4,149 gram ganja dan 10 gram dadah ketamine.

Dadah-dadah itu dianggarkan bernilai lebih S$100,000.

Siasatan bagi kedua-dua kes itu masih diteruskan.

Di bawah Seksyen 7 Penyalahgunaan Akta Dadah 1973, mereka yang mengimport ke atau mengeksport dari Singapura lebih daripada 250 gram
methamphetamine, atau lebih daripada 500 gram ganja mungkin menghadapi hukuman mati.
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita