Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki ditahan, lebih 2,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas di Yishun

Dua lelaki diberkas dan lebih 2,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas di sebuah tempat letak kenderaan bertingkat berhampiran Yishun Street 42, menurut Kastam Singapura pada Jumaat (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditahan, lebih 2,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas di Yishun

Sebanyak 2,016 karton rokok seludup dirampas. (Gambar: Kastam Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas dan lebih 2,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas di sebuah tempat letak kenderaan bertingkat berhampiran Yishun Street 42, menurut Kastam Singapura pada Jumaat (11 Mac).

Semasa operasi itu dilancarkan pada Khamis, para pegawai memerhatikan kedua-dua lelaki itu berdiri di antara dua van yang berdaftar di Singapura dengan pintu kompartmen kenderaan terbuka.

Para pegawai melihat banyak kotak berwarna cokelat di sebuah van dan mengesyaki lelaki berusia 26 dan 31 tahun itu, berurusan rokok tidak dibayar cukai, menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan media.

Para pegawai menjalankan pemeriksaan dan menemui 2,016 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam van tersebut.

"Pegawai juga menemui beg kantung yang disyaki mengandungi dadah terkawal dan peralatan dadah di satu lagi van," menurut Kastam Singapura.

Ia menambah perkara itu sudahpun dirujukkan kepada polis bagi siasatan lanjut.

Rokok tidak dibayar cukai dan kedua-dua van itu dirampas semasa operasi.

Jumlah cukai serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (FST) yang dielakkan masing-masing berjumlah sekitar S$172,160 dan S$13,700, menurut agensi itu.

Kedua-dua lelaki itu ditangkap dan siasatan sedang dijalankan, tambah Kastam Singapura.

Membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan tidak dibayar cukai adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST, tegas agensi tersebut.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan sedemikian serta hasil yang diperolehi daripada penjualan rokok tidak dibayar cukai juga boleh disita.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan