Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki ditahan; lebih 1,600 karton rokok seludup dirampas

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditahan; lebih 1,600 karton rokok seludup dirampas

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 26 Feb 2022 11:45AM Dikemas Kini : 26 Feb 2022 11:45AM

SINGAPURA: Dua lelaki ditahan dalam satu operasi pada Rabu (23 Feb), yang mana lebih 1,600 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas.

Operasi itu dijalankan di sekitar tempat meletak kenderaan berat di Marsiling Crescent, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan media hari ini (26 Feb).

"Pegawai kastam Singapura menjumpai dua lelaki sedang memindahkan barangan dengan menggunakan beg plastik sampah berwarna hitam daripada sebuah lori dengan nombor pendaftaran Singapura kepada sebuah van juga dengan nombor plat Singapura,” menurut Kastam Singapura.

Para pegawai menjumpai 1,636 karton dan 80 kotak rokok yang tidak dibayar cukai.

Kastam Singapura melakukan pemeriksaan susulan di kediaman salah seorang lelaki berkenaan dan merampas satu karton dan enam kotak rokok yang tidak dibayar cukai.

"Jumlah cukai dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dielakkan masing-masing bernilai S$140,390 dan S$11,170, " menurut Kastam Singapura.

Prosiding mahkamah terhadap kedua-dua lelaki sedang dijalankan, tambah mereka.

"Membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurus niaga dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah satu kesalahan yang serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST," menurut Kastam Singapura.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dihukum penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan tersebut juga boleh dirampas.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa