Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki ditahan disyaki terbabit kes tikaman di Clementi

Dua lelaki ditangkap kerana disyaki menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya dalam satu kes tikaman di Clementi, menurut polis pada Sabtu (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki ditahan disyaki terbabit kes tikaman di Clementi

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 15 Jan 2022 10:17AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 10:17AM

SINGAPURA: Dua lelaki ditangkap kerana disyaki menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya dalam satu kes tikaman di Clementi, menurut polis pada Sabtu (15 Jan).

Pada sekitar 10.30 pagi pada Jumaat, polis dimaklumkan tentang satu kes tikaman di Blok 413 Commonwealth Avenue West.

Mangsa sedang berjalan ke tempat letak kereta bertingkat apabila dua lelaki menghampirinya. Salah seorang daripada mereka dipercayai membawa sebilah pisau lalu menyerang mangsa dari belakang.

Mereka kemudian meninggalkan tempat kejadian, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Mangsa mengalami luka kelar pada siku kirinya dan luka tikaman pada bahagian belakang tubuhnya. Beliau berada dalam keadaan sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.

"Siasatan awal menunjukkan serangan ini dirancang," menurut polis sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun itu dikenal pasti polis dan diberkas pada Jumaat.

Mereka akan didakwa di mahkamah pada Sabtu. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Komander Divisyen Polis Clementi, Penolong Pesuruhjaya Polis Marc E berkata: "Penangkapan itu dapat dilakukan segera dengan bantuan kamera polis.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk menjejaki mereka yang melakukan perbuatan kejam secara terang-terangan itu dan akan mengambil tindakan tegas untuk mengheret mereka ke muka keadilan."

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa