Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki disiasat cetus rasa cemas; muat naik video objek mirip senapang patah

Rakaman video itu menunjukkan seorang "lelaki yang tidak dikenal pasti" memegang objek yang menyerupai senapang patah.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki disiasat cetus rasa cemas; muat naik video objek mirip senapang patah

Siasatan awal mendedahkan objek itu adalah pistol mainan. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Dua lelaki disiasat kerana mencetuskan rasa cemas dalam kalangan masyarakat selepas salah seorang daripada mereka dilihat dengan objek yang menyerupai senapang patah dalam sebuah video yang dimuat naik online, menurut polis pada Isnin (6 Jun).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai video itu sekitar 10.10 pagi Sabtu lalu. Rakaman itu menunjukkan seorang "lelaki yang tidak dikenal pasti" memegang objek yang menyerupai senapang patah.

Menerusi soal siasat dan siasatan lanjut, Jabatan Siasatan Jenayah dan para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands mengenal pasti lelaki berusia 19 tahun di dalam video itu serta lelaki berumur 21 tahun yang memuat naik video berkenaan.

"Siasatan awal mendedahkan objek itu adalah pistol mainan," menurut polis sambil menambah siasatan masih dijalankan.

Mereka yang mencetuskan rasa cemas dalam kalangan masyarakat boleh disabit kesalahan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan