2 lelaki dihantar ke hospital selepas kemalangan 7 kereta di PIE

Video: TikTok/charmeloenj
SINGAPURA: Sebanyak tujuh kenderaan terlibat dalam kemalangan di PIE pada Selasa malam (31 Mei).
Polis dimaklumkan mengenai kemalangan yang membabitkan enam kereta dan sebuah teksi berhampiran Jejambat Eunos di PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi kira-kira pukul 10.35 malam.
Satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan-kenderaan itu di lorong paling kanan ekspreswe tersebut.
Salah satu kenderaan itu menghempap di atas sebuah kereta lain. Sebuah teksi pula tersepit di tengah-tengah rantaian kenderaan dalam nahas tersebut.
Sebuah motosikal polis trafik dan ambulans turut hadir di tempat kejadian itu.
Seorang pemandu lelaki berusia 50 tahun dan penumpangnya, seorang lelaki berusia 54 tahun, dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), lagi tiga individu diperiksa bagi kecederaan ringan tetapi mereka enggan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.