2 lelaki diekstradisi dari Malaysia, didakwa berkait penipuan perisian hasad Android yang sasar rakyat SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SPF
SINGAPURA: Dua lelaki, berusia 26 dan 47 tahun, akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (15 Jun) kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan perisian hasad terhadap rakyat Singapura sejak Jun 2023.
Mereka ditangkap di Malaysia, menyusuli satu siasatan bersama, berbilang negara.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (14 Jun).
Siasatan awal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka didakwa mengendalikan server bagi tujuan menjangkiti telefon bimbit Android mangsa dengan aplikasi kit pakej Android (APK) berniat jahat, dan seterusnya mengawal telefon berkenaan.
Aplikasi APK yang berniat jahat itu membolehkan penipu mengubah suai kandungan telefon bimbit mangsa, sekali gus menjejaskan akaun bank mereka.
APA YANG BERLAKU
Pada 2023, terdapat sekurang-kurangnya 1,899 kes melibatkan mangsa di Singapura yang memuat turun perisian hasad pada telefon mereka, jelas polis. Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya S$34.1 juta hangus angkara penipuan itu.
Penipu pada awalnya, akan memperdaya mangsa untuk memuat turun aplikasi berniat jahat ke peranti mudah alih mereka. Aplikasi itu akan membolehkan penipu mengakses peranti dari jauh dan mencuri maklumat sensitif, termasuk data peribadi dan butiran perbankan.
Maklumat yang dicuri kemudiannya digunakan untuk mengendalikan urus niaga palsu dalam akaun bank mangsa, sehingga menyebabkan kerugian kewangan.
Selepas menganalisis laporan yang dibuat mangsa, SPF menyatakan pihaknya mendapati individu-individu yang terlibat dalam penipuan perisian hasad itu mungkin beroperasi di beberapa negara.
Satu pasukan siasatan bersama, berbilang negara yang dipimpin SPF dan terdiri daripada Pasukan Polis Hong Kong (HKPF) dan Polis Diraja Malaysia (RMP), dibentuk pada November 2023.
"Dalam tempoh tujuh bulan, pasukan penyiasat bersama itu membongkar rangkaian kompleks aktiviti jenayah dan infrastruktur online yang mengendalikan perisian hasad," kata SPF.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan Singapura berjaya mengenal pasti identiti dua lelaki yang dipercayai anggota sindiket yang bertanggungjawab bagi penipuan perisian hasad, lalu menjejaki lokasi mereka di Malaysia.
"Dengan kerjasama dan bantuan daripada PDRM, kedua-dua lelaki itu ditangkap di Malaysia pada 12 Jun 2024, menurut waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Negara Singapura," nyata SPF.
Kedua-dua mereka diserahkan kepada polis Singapura pada Jumaat.
Mereka akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas kesalahan mengubah suai bahan komputer tanpa kebenaran. Kesalahan itu membawa hukuman denda sehingga S$50,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.
Lelaki berusia 47 tahun itu juga akan didakwa atas kesalahan memperoleh hasil daripada kegiatan jenayah. Jika didapati bersalah, dia boleh didenda sehingga S$500,000, dipenjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua lelaki akan ditahan bagi siasatan lanjut, menurut SPF.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.