2 lelaki didenda S$3.34 juta setiap seorang sebab elak cukai 4.5 juta liter diesel dari Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
Pam diesel di Subang Jaya, Selangor. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
2 men each fined S$3.34 million for evading duty on 4.5 million litres of diesel from Malaysia
- Singaporeans Chua E Hong and Ng Leok Kwee were each fined S$3.34 million after pleading guilty to three charges of fraudulently evading duty under the Customs Act.
- The case involved the import of 4,527,099 litres of automotive diesel from Malaysia into Singapore between April and December 2024 without declarations or permits, with about S$905,419 in duty evaded.
- Singapore Customs said the scheme, which began in early 2024, was intended to obtain cheaper diesel from Pengerang, Johor, and then sell it to customers in Singapore to increase CNC Petroleum's profits.
- The diesel was transferred via vessels, Selat Pauh, Penjuru Terminal and tanker trucks, while Ng coordinated the operation; 16 other charges were taken into consideration, involving about S$2.5 million in duty and GST.
- Chua E Hong dan Ng Leok Kwee, warga Singapura, masing-masing didenda S$3.34 juta selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan mengelakkan cukai secara menipu di bawah Akta Kastam.
- Kes itu melibatkan import 4,527,099 liter diesel automotif dari Malaysia ke Singapura antara April hingga Disember 2024 tanpa pengisytiharan atau permit, dengan cukai dielakkan sekitar S$905,419.
- Kastam Singapura berkata skim awal 2024 itu bertujuan mendapatkan diesel lebih murah dari Pengerang, Johor, lalu menjualnya kepada pelanggan Singapura untuk meningkatkan keuntungan CNC Petroleum.
- Diesel dipindahkan melalui kapal, Selat Pauh, Terminal Penjuru dan lori tangki, manakala Ng menyelaras operasi; 16 tuduhan lain diambil kira, melibatkan cukai dan GST sekitar S$2.5 juta.
SINGAPURA: Dua lelaki warga Singapura masing-masing didenda S$3.34 juta kerana terlibat dalam skim mengimport lebih 4.5 juta liter diesel automotif dari Malaysia ke Singapura tanpa membuat pengisytiharan yang diperlukan.
Skim itu menyebabkan pengelakan cukai serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurut Kastam Singapura pada Selasa (6 Okt).
Chua E Hong, 51 tahun, dan Ng Leok Kwee, 48 tahun, masing-masing mengaku bersalah atas tiga tuduhan mengelakkan cukai secara menipu di bawah Akta Kastam.
Tuduhan tersebut melibatkan 4,527,099 liter minyak diesel automotif yang diimport antara April hingga Disember 2024, dengan kira-kira S$905,419 cukai dielakkan.
Sebanyak 16 lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan terhadap kedua-dua lelaki itu. Ia merangkumi enam tuduhan mengelakkan cukai secara menipu dan 10 tuduhan mengelakkan GST secara menipu.
Jumlah cukai dan GST yang dielakkan bagi tuduhan tersebut adalah sekitar S$2.5 juta, menurut Kastam Singapura.
Ketika kesalahan dilakukan, Chua merupakan pengarah urusan manakala Ng ialah pengarah eksekutif CNC Petroleum dan PS Energy, dua syarikat berkaitan di bawah PS Energy Group yang terlibat dalam pengedaran bahan api peringkat akhir di Singapura.
Chua menyelia fungsi kewangan dan penjualan kedua-dua syarikat, manakala Ng bertanggungjawab terhadap urusan operasi.
Kedua-duanya merancang skim tersebut pada awal 2024 untuk mendapatkan diesel lebih murah dari Malaysia dan mengimportnya ke Singapura tanpa mengisytiharkan import atau mendapatkan permit yang diperlukan.
Diesel yang belum dibayar cukai itu kemudian dijual semula kepada pelanggan di Singapura untuk meningkatkan keuntungan CNC, menurut Kastam Singapura.
Bertindak berdasarkan maklumat yang diterima, Kastam Singapura menjalankan siasatan dan membongkar skim tersebut.
CNC membeli diesel daripada terminal pembekal di Pengerang, Johor. Sebuah kapal mengambil diesel berkenaan dan membawanya ke perairan wilayah Singapura.
Di kawasan labuh petroleum Selat Pauh, diesel itu dipindahkan ke dua kapal lebih kecil dalam beberapa kejadian sebelum dibawa ke Terminal Penjuru.
Diesel tersebut kemudian dipindahkan ke lori tangki untuk diedarkan kepada pelanggan di Singapura.
Ng menyelaraskan jadual kapal dan lori tangki, selain urusan pengambilan serta pemindahan diesel, menurut Kastam Singapura.
Di bawah Akta Kastam, mereka yang didapati bersalah mengelak cukai atau GST secara menipu boleh didenda sehingga 20 kali ganda jumlah yang dielakkan. Pesalah juga boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan.
“Kastam Singapura kekal komited untuk memastikan pematuhan ketat terhadap peraturan kastam dan melindungi hasil negara,” menurut agensi itu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.